Friday, September 16, 2011

Assalamualaikum. :)

Alhamdulillah.. ni'mat yang paling besar adalah dapat masuk kembali ke Syria. Syukru lillah walhamdu lillah. :) apa lah nasib kena transit di Doha selama 12 jam. memang sangat-sangat penat. namun, demi Syria, sanggup kami tempuhi. chewah.

walaupun harus tidur di kerusi, namun tetap kami menanti penuh sabar. ;) oh ya, enam pelajar berangkat bersama, ISHMAH, RASYIDAH, A'LIMAH, LINA DAN HUDA.  Lina dan Huda adalah pelajar baru.

akhirnya, penantian yang sangat menyeksa jiwa (kerana terlalu merindukan syria) berakhir.. di dalam kapal terbang semua senyap seribu.. kerana terlalu memikirkan sama ada dapat masuk ke syria atau tidak. terkumat kamit mulut kami tidak berhenti berzikir , "YA LATIF" agar dapat melembutkan hati mereka yang akan kami jumpa nanti.

"welcome to Syria, Damascus. hope you enjoy your trip with qatar airways. " fuhh.. tatkala kedengaran ucapan itu, diri ini gembira yang teramat sangat. tidak dapat ku bayangkan bahawasanya diri ini berada di Syria. namun, hati ini kembali berdegup kencang setibanya di immgiresen.

giliran ku untuk berdepan dengan police. *drama mode on*

me: HELLO.
p: Hello. where are u from?
me: singapore.
p: *belek-belek passport* u come here syria, for what?
me: holiday!
p: address in syria?
me: damascus.
p: address, address..
me: oh, dedeman hotel.
p: you come here before. come again. why?
me: oh for holiday of course! because i just love syria. such a beautiful country! :)
p: oh. welcome, welcome.. *cop passport*
me: *lega sambil tersenyum-senyum kambing.*
p: *kasi passport* welcome welcome.
me: thank you! have a nice day!

hehehe.. jalan sengih dari hujung telinga ke hujung telinga. ;) gembira sangat-sangat.

ALHAMDULILLAH~! :)

*mcm novel la plak*

semua okay je kat sini.. :) tak macam yang di war war kn dlm news. hehe. doakan la yang terbaik.. inshaallah kheir..

mungkin akan pulang ke Singapore, 2013. doakan ya! :)