Friday, October 18, 2013

Da'wah . Berda'wah .

Apa itu berda'wah?
-Berda'wah ialah mengajak manusia kepada kebaikan.

Berda'wah bukan satu perkara yang mudah. Jauh lagi dari perkara yang senang dilakukan.

Jika kita tinjau kekasih Allah, Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم berda'wah, tidak mudah bagi beliau. Beliau dilemparkan najis, batu, duri tidak hanya itu, dilemparkan kata-kata kesat, kata-kata benci kepada Baginda صلى الله عليه وسلم.
Mari sama-sama kita amati sebuah cerita tentang seorang buta yang terlalu membenci Baginda صلى الله عليه وسلم. Setiap hari, tanpa putus asa, beliau akan berdiri di tempat manusia berjalan, beliau akan memekik, "hei manusia, dengar sini, usah kau dengar kan kata-kata Muhammad si pendusta itu. Dia berbohong kepada kalian"

Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم tidak pernah walau sekali pun memukul, memarah, mengherdik si buta itu.
Namun, pada suatu hari, Nabi Muhammad صلى االه عليه وسﻻم berlalu di tempat yang biasa, dan mendapati si buta itu tiada di situ. Baginda mulai cemas dan tertanya-tanya di mana si buta itu.

Rupa-rupanya si buta itu jatuh sakit. Tanpa membuang masa, Baginda ke rumah si buta itu untuk mengetahui keadaannya. Baginda membawa makanan untuk beliau, tidak hanya itu, malah baginda menyuapkan si buta itu.
Walaupun si buta itu menghina Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم
Betapa tinggi nilai kasih sayang Baginda terhadap sesama manusia. Baginda mempamerkan akhlaq nya yang sangat mulia.

Selepas Baginda wafat, sayyidina Abu bakar menggantikan tempat Baginda. Pada suatu hari, beliau pergi ke rumah buta itu untuk membuat rutin harian yang dilakukan oleh Baginda.

Apabila Sayyidina Abu bakar menghampiri si buta itu, beliau terdengar tomahan yang dilemparkan oleh si buta itu.

Beliau terkejut bagaiman Baginda boleh bersabar dengan si buta itu. Ketika sayyidina Abu bakar menyuap si buta itu, si buta itu bersuara ,"siapa kau??"
"Aku adalah lelaki yang selalu ke sini untuk menyuap kau." "Bohong! Kau bukan lelaki yang selalu menyuapku." "Bagaimana engkau tahu? Sedangkn engkau orang buta?" "Aku tahu dari suapannya dan gaya engkau menyuapku sangat berbeza. Mana lelaki yang sering menyuapku?" "Jika engkau ingin tahu, lelaki yang sering kau mengatakan benci, mengutuk nya, Beliau lah yang sering ke sini untuk menyuapmu. Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم telah wafat..

Si buta itu menangis menyesal. Selama ini lelaki yang sering dikutuk itu lah yang selama ini membuat kebaikan terhadapnya..
Tanpa membuang masa, si buta itu terus masuk islam.

Lihat bagaimana Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم bersabar dalam berda'wah. Baginda hanya menunjukkan akhlaq nya yang mulia..

Memang benar berda'wah itu tidak mudah. Kita harus mempunyai sifat sabar, sifat ikhlas dan paling penting istiqamah. Jangan lupa untuk saling doa mendoakan. Baru lah dapat dirasakan kemanisan iman.

Berda'wah kepada diri sendiri, keluarga, sahabat handai, baru la kepada masyarakat. Semoga Allah memberikan kami semua kekuatan.. in shaa Allah.. :)

Tuesday, October 15, 2013

Hati ini masih tersirat perasaan marah dan benci...

Hati ini masih belum boleh menerima...

Hati ini masih tidak mahu untuk mengalah...

Namun.. segala benci yang ada, tetap, perasaan rindu ini bertandang di hati ini..

Rindu bergurau, rindu ketawa, rindu untuk berkongsi aktiviti ..

Ego ku sangat tinggi.. hingga membuat diri ku tidak akan mahu untuk mengalah..
Apa yang dinantikan , hanyalah pujukan dari nya.. pujuk la untuk melembutkan hati ini..

Bukan diam semata..

Aku berdiam diri, kau juga berdiam diri..

Maaf. Aku tetap tidak mahu mengalah..

Sungguh.. aku sangat merindui waktu malam, tidak mengira waktu, setiap kali kau pulang, kau pasti akan ke bilik ku.. untuk bertanya khabar..

Ataupun, untuk bergurau senda.. sungguh aku sangat merinduikan waktu itu..

Namun kini, segalanya telah berubah.. kasih sayang harus dikongsi dengan orang yang tidak aku minati...

Abang.... andai kau membaca ini...... ketahuilah.. aku sangat merindukan diri mu.. titisan airmata tanda rindu ku terhadapmu.. namun, ego ini masih menebal di hati........... :'(

-luahan hati adikmu.

Sunday, October 13, 2013

Manusia sekarang, dengan yang halal, malu untuk bergambar mesra. Dengan yang haram, tanpa silu bergambar berpeluk-pelukkan..

Manusia sekarang, malu hendak berjalan dengan yang halal, namun dengan yang haram, tidak ada perasaan malu berpimpin di khalayak..

Manusia sekarang, yang haram di halalkan, demi mengikut kehendak nafsu yang membuas.

Manusia sekarang, ramai yang membenci kepada teguran, namun bersenang-senang mengikut membuat dosa .

Manusia sekarang,ramai yang tenggelam.. ditenggelami oleh kata-kata manis.....

I asked an ustaz. What is the best way to ask a smoker to stop smoking.

Ustaz's reply :" kte tak boleh nak halang mereka untuk menghisap rokok. Mungkin kte bole tegur sekali dua kali. Kalau dia tanye apa dalil semua, tkde dalam quran ke ape ke. Tk apa, org mcm gini tkyah debate. Sebab, dorg ttp akn menegakkan kebenaran diorg. Demi untuk kepuasan diri mereka. Jadi apa yg awk bole buat is doakan mereka. In shaa Allah satu hari dorg akan terbuka hati.. "

Really an eye opener. :)) in shaa Allah.. 

Kadang-kadang kita tak boleh terima nasihat dari orang yang berperangai teruk. Ego dan perasaan, "kau bukan nye baik pun .. pakai tudung pun tk. Pastu yg lelaki plak ckp je lebih.." kadang-kadang bila kte beri nasihat pun, tk ada yg nk dgr. Kenapa ? Sbb kte pun mcm diorg jgk.

Friday, October 11, 2013

This is the place where i express my feelings, emotions & thoughts. Frankly, i don't need unnecessary readers to be here. 😊😊😊


Dulu.. tak pernah tahu apa itu "adab". Baik adab dengan ilmu, guru, kawan-kawan hatta dengan kitab sekali pun..

Di dalam kelas, sering bermain.. malas belajar, tidak ambil peduli akan kepentingan pelajaran tersebut.

Buku kalau tak diconteng, tak sah. Buku maths kalau tk dikoyakkan tak sah.. betapa bodoh nya diri ini. Patutlah ilmu tak berkat. Sumber ilmu itu telah dilakukan seperti sampah.

Betapa jahil nya diri ini.. betapa bodoh nya diri ini.. andai dari dulu diterap tentang adab, mungkin ramai yang tidak menjadi begini.

Kini, apabila mengetahui akan adab-adab dalam belajar.. Malu sungguh dengan diri ini.. malu dengan apa yang telah dilakukan dahulu..

Allah.... Semoga kesilapan masa lalu dijadikan pengajaran buat diri yang lemah ini..

Allah musta'an..

Sigh.. i guess im too old ready. Super sensitive now. Allah...

Oh Allah please ease my burden. Its only you who can cure this heart.

The post pms for "sakit pondan" is already here. Im going to be super sensitive. :(