Kadang-kadang tak mudah jika kita asyik dipersoalkan, diberi tekanan.. :'(
Bukannya kita sengaja, tetapi dianggap seperti kita sengaja.
Bukan aku tidak mahu menolong, namun aku sendiri tersepit.
Izinkan aku pergi jauh, agar tidak menyusahkan mana-mana pihak.. izinkan aku membawa diri, membina kehidupan jauh dari sini..
Aku tidak tahan lagi, tidak tahan dengan semuanya.. aku ingin pergi dari sini... jika hendak pergi selamanya, amalan ku belum cukup. Mungkin, pergi buat sementara waktu? Untuk mengenal erti kebahagiaan. Mengenal erti susah dan senang.. aku merindui hidup berdikari.. dimana aku dapat membuat keputusan ku sendiri.. dimana tidak akan ada yang dapat menghalang untuk membuat apa saja, dimana tiada siapa yang dapat memberiku tekanan..