Orang kata, kalau nak bercinta berpada-pada,
Jangan bermain dengan api, dari kawan boleh jadi lawan,
Kalau nak bercinta, biar yang setaraf,
tidak lah orang kata, pipi tak mancung hidung tersorong-sorong.
Orang kata, si dia tu ramai peminat,
biasalah, orang kacak, cantik, siapa yang tak suka.
Engkau siapa? hendak kan dia?
haaa.. mimpi di siang hari sahajalah.
Orang kata, biar yang cantik sama si kacak,
baru lah nampak bagai pinang dibelah dua.
Kalau cantik, biarlah hati pun cantik,
bukan sekadar cantik di rupa.
Orang kata, biar cantik, hati lain kali boleh ambil kira,
bila dah bersama, baru nak menyesal.
Itu lah, siapa suruh tidak melihat hati budi nya dahulu
sendiri menyesal, gigit jari sudahlah~
dari tadi orang kata, orang kata.
haa. sekarang, aku kata.
aku kata, cari yang hati budi luhur,
kau nak cari cantik rupawan,
bila dah dapat, dah kenal hati budi,
kau menyesal, aku dipersalahkan.
aku kata jangan. kau kata mahu.
salah siapa? tunding jari ke muka sendiri.
haaa.. aku dah kata... aku dah kata.... :)
kan orang dah mengata...
No comments:
Post a Comment