Thursday, February 17, 2011

majlis maulidurrasul

Assalamualaikum. :)

Alhamdulillah wa syukru lillah ala kullu ni'mat.


14.02.2011
12 rabiul awal, tarikh kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Di Syria, mereka akan menyambut secara besar-besaran.. Pada hari isnin yang lalu, saya dan kawan-kawan pergi ke jami' dagistani untuk majlis maulidur rasul.. Ia adalah kali pertama saya menyambut maulidur rasul di Syria, jadi agak jakun sedikit. Jami' nya tidak lah sebesar mana. Ia terletak di atas bukit. Jadi, kami ke sana menaiki suzuki (sebuah lori kecil).

Kami tiba selepas isya' kerana taxi driver yang membawa kami tidak tahu jalan. Bayangkan dari Hamraa' ke rukneddin selalu nya 25 lira sahaja. Kali ini, 72 lira. tidak pernah dalam sejarah.. Sudah sesat, tapi masih sempat bertanyakan hal peribadi kami.. haish~ ini lah dia orang syria.

Namun, segala perasaan marah hilang apabila kami tiba di jami' dagistani.. Tenang sekali di sana.. Ia dimulakan dengan sejarah Nabi s.a.w, kemudian burdah.. Masyaallah! suara mereka enak belaka. Kemudian ada mawlawi dance oleh sheikh ibrahim.. Pengalaman yang amat seronok.. Berbeza dengan sambutan di singapura khususnya. Burdah diselang seli dengan syair tentang kehidupan Nabi muhammad s.a.w.. Kemudian, muhadoroh dan seterusnya burdah.. Satu masa ini, mereka akan berdiri untuk sadad.. *Berpimpin tangan sambil menggerakkan badan ke depan, ke belakang.*

Ramai budak kecil yang ingin berkawan dengan kami.. comel belaka. :) Akhirnya, majlis selesai, kami diberi mulabbas *kacang diselaputi gula*. Kemudian, pulang beramai-ramai..

15.02.2011
Hari kedua, kami rancang untuk ke Jami' omawi untuk ke majlis maulidur rasul... Sebelum zuhur kami telah ke sana kononnya untuk mendapatkan tempat di hadapan.. Alangkah terperanjat/jakun/seronok/seram nya kami apabila tiba di jami' omawi, kelihatan ramai rakyat syria berdiri di hadapan jami'. Kami hairan kenapa mereka berdiri ramai-ramai seperti ingin buat demonstrasi. Saya yang hairan ni pun bertanya kepada makcik arab,

"lau samaht, leish kullu insan fi hun? la yumkin an yadkhul (tumpang tanya, kenapa semua orang di sini? tak boleh masuk ke?) lalu, makcik itu pun berkata, "la', lianna yujad rais.(tak, sebab ada president)" "imta ya'ni nahna yumkin and nadkhul?(agak-agak bila kitorg boleh masuk)?" "Ba'da rais yusoli, summa ila jami' (lepas president solat, baru ke jami')
hmm.. see.. kesian president syria, dapat peluang solat di jami' setahun sekali agaknya. :) tunggu punya tunggu, kami pun stuck dalam crowd tu juga.. tak tahu hendak buat apa, kerana semuanya dikawal ketat sekali.. Bersabar sangat-sangat menunggu... Ghairah pun ada untuk menyambut majlis itu, kerana dikatakan, ia adalah majlis negara.. Tunggu punya tunggu, tiba-tiba kedengaran semua orang sedang pekik

Biruuh, Biddam! biruuh, biddam! fuhh semangat patriotik.. Saya difahamkan bahawa rakyat syria amat menyanyangi president mereka. :)
Kami tunggu lagi dengan sabar... tunggu selama setengah jam.... 45 minit.... kami pun ke awal saf untuk sama-sama menyaksikan president mereka untuk keluar.. Tiba-tiba datang pula seorang makcik yang boleh dikatakan, irritating. haish.. Mula-mula dia mengumpat tentang kami dengan abg-abg yang menjaga crowd, kemudian dia bertanya kepada kami, "yumkin bitahki lughatul arabiah?" kita pun apa lagi.. "na'am.. yumkin.." lepas tu, cuak sekejap muka makcik tu.. Pura-pura ketawa nak cover line la. haishh.. tak senang kami berdiri bersama dia.. Kami pun sengaja berbual bahasa melayu kuat-kuat jadi dia akan bingit.. hehe.. jahat kan.. sebab, saya difahamkan bahawa orang arab akan pening bila kita berbual bahasa melayu..

kebetulan, akhirnya makcik itu tegur kami, "shu lughah haza? yumkin an tahki lughah arabiah?" kami pun ketawa je la.. kemudian dia tanya, "fi singafura, shu lughah fi?" hehe.. kita pun cakap, "LUGHAH SINGLISH." haha. makcik tu sebut "SINGELISH" kemudian dia ketawa seorang diri dan memburuk burukkan bahasa itu ke orang lain.. dia seperti menyindir kami.. hmm.. apa lagi, kami pun berbual tentang dia dalam bahasa melayu.. astarghfirullah... hehe.. dari nak pergi benda baik jadi tak baik pula..

kemudian, ada lagi peristiwa,terdapat seorang lelaki *down syndrome* beliau ingin keluar dari crowd tersebut. tetapi dihalang oleh penjaga-penjaga. mereka sengaja ingin mencari fasal atas kelemahan lelaki tersebut.. tetapi, lelaki itu berdegil dan tetap ingin keluar.. jadi kami yang berdiri di belakang rasa seram tiba-tiba.. seorang lelaki yang menjaga itu naik angin dan menolak lelaki tersebut ke arah kami, saya yang betul-betul tepat dibelakangnya, dengan pantas memeluk kawan di belakang saya.. takut sangat-sangat... akhirnya, kami phobia.. dan ingin keluar dari crowd itu... alhamdulillah kami diberi jalan untuk keluar, kerana kami ajanib..;)

jalan menuju ke souq hamidi.. kemudian terdapat lorong, kami masuk untuk berehat dan untuk menjauhkan diri dari crowd tersebut... saya jalan menuju ke sebuah kedai, tiba-tiba terdengar laungan biruuh biddam.. apa lagi, saya memanggil kawan-kawan saya untuk pura-pura masuk ke kedai itu kononnya hendak melihat barang-barang, padahal kami ingin menyaksikan live di tv..

kami pun meminta izin dengan tuan kedai kami ingin menonton tv. alhamdulillah.. dia beri izin, siap dengan memberi kami chocolate.. baik pakcik! :D kami pun menyesal tak sudah............ nak tahu kenapa???

SEBAB, MAJLIS MAULID RASUL NEGARA HANYA LAH UNTUK ORANG YANG TERTENTU SAHAJA.. BUKAN UNTUK ORANG LUAR..... haishh.. buang masa kami pergi ke sana.. dan, burdah yang diadakan di dalam semuanya di kaca televisyen! geram tk? huhu.. sabar sangat-sangat...

ala kulli hal... pengalaman... ;) insyaallah syria tidak akan terjadi seperti mesir.. kerana, boleh nampak bahawa rakyat syria betul-betul menyanyangi president mereka. :)

haaaaaaaa... kecewa pada siang hari.. tetapi, pada malam hari, segala kekecewaan dapat dihapuskan kerana, kami pergi ke maulidul rasul di jami' rifaie. :) sungguh seronok! burdah beramai-ramai untuk mengingatkan kepada rasul allah.. habibi sayyidina rasulullah.. ramai sangat orang yang datang pada malam itu!

kami berkesempatan untuk duduk di awal barisan.. dapat lihat secara dekat.. hehe.. dapat lihat barisan kumpulan.. dan juga sheikh sheikh.. seriap selepas burdah, ada muhadoroh. dari sheikh sheikh, sheikh sarya ali-rifaie, sheikh na'im dan sebagainya.. tenang sekali rasanya dapat melihat muka mereka.. allah.. allah... semoga umur mereka dipanjangkan agar dapat berdakwah..
amin.. :)

selepas selesai segalanya, kami pun beredar untuk pulang ke rumah.. :)

alhamdulillah.. itu sahaja pengalaman yang diraih~ semoga ia menjadi saksi diatas cinta kami kepada rasul allah di hari kiamat.. :) amin amin amin... sollu ala nabi!


No comments: