Monday, April 11, 2011

mimpi yang menjadi kenyataan

Assalamualaikum. :)
Alhamdulillah ala salameh.. Akhirnya.. penantian yang tidak sia-sia.. :)
Seperti mimpi di siang hari melihat mak dan bapak di SYRIA.

Rencana nya, mereka akan tiba di Syria jam 11.00 pagi, 15 march 2011.. Kita merancang, ALLAH yang menentukan.. Flight mereka tergendala, mungkin ada hikmah disebaliknya... Tunggu dengan penuh sabar... Tetap, mereka tergendala.....

Akhirnya, hari yang ketiga, mereka berangkat ke syria.. Bagaikan tidak percaya melihat mak dan bapak keluar dari gate.. Mulanya, mak tidak mengenali ku kerana aku memakai niqab.. Aku terpaksa ke hadapan untuk menyambut mereka.. :)

Setelah 7 bulan menunggu akhirnya....... Salam, peluk dan cium untuk melepaskan rindu yang terpahat di hati.. :) Alhamdulillah! Aku dan afeya pun membawa mereka ke van yang telah disewa..

Setibanya di rumah yang aku sewa, mereka disambut oleh Ishmah dan wati..Alangkah gembiranya mak bapak ku dapat bertemu dengan mereka.. Teman serumah ku..
Setelah rehat sebentar, aku bawa mereka jalan-jalan di pasar, hingga ke rumah ku.. Singgah sebentar di rumah ku.. berkenalan dengan teman serumah.. Nasib baik ada abg ismail, beliau yang berbual dan melayan bapak ku..

selepas itu, kami beredar pulang ke rumah...

Hendak masak, tiada gas. Kami terpaksa minta bantuan aidil dan zikri untuk memasang gas.. Selepas isya' mereka datang dengan tong gas.Selepas mereka sudah memasang gas, mak menyuruh mereka untuk tunggu sebentar.. Mak menyediakan makanan dan minuman untuk mereka..

Di ruang tamu sebelah, kak madi dan miza sedang menjamu makanan ringan sahaja ditemani bapak.. Kemudian setelah mereka semua pulang, kami hanya rehat..

Hari kedua.
Jam 9 pagi, kami keluar ke pasar.. Hendak shopping, kedai tidak buka.. Jadi mak menyuruh ku untuk menjemput pelajar-pelajar singapura datang ke rumah untuk makan-makan.. Sms pun dihantar kepada pihak yang tertentu..

Jam 12.00 tgh mula masak-masak.. Dibantu oleh ishma, wati dan miza.. :)
Jam 2.30 ptg, ketibaan akhwat.. Macam ada singapore food fiesta! ;)
Mak happy sangat-sangat dapat jamu orang makan.. semua happy, kita pun happy!

tak lama kemudian, ketibaan ahli-ahli yang sudah berumahtangga.. Dan juga syabab.. Makanan silih berganti.. Ayam blackpepper, mee hoon putih, ayam masak merah, begedil, lagi lauk-lauk singapura... sedap sungguh! :)

Around isya' semua orang dah balik.. :) kecuali ishma dan wati.. mereka tidur di rumah.. Terima kasih kerana tolong!

Hari Ketiga.
Hari sabtu.  Pagi kami ke Bab soghir menziarahi maqam-maqam. Terserempak dengan kumpulan TM FOUZY dan NOOR MOHAMMED. oh ya, encik daud yusuf juga bersama! :)
Dari maqam sahabat-sahabat, ke maqam imam, kemudian menziarahi masjid omawi yang termasyhur.. Kemudiaan, SHOPPPPPPPPPPPPPPPPPPING. ^^,

masih tidak percaya mak dan bapa di hadapan ku.. ;) setelah puas meronda di souq hamidi, kami pun pulang ke rumah.. mak dan bapak rehat, manakala aku keluar ke souq hamidi sekali lagi..

Hari keempat.
Kami pergi ke NAWA DAN BUSRA.

1st stop, MAQAM IMAM NAWAWI..
2nd Stop, MAQAM NABI AYOUB dan ANAKNYA.
3rd Stop, ke busra. Roman theater, Gereja kalisah dimana paderi bukhaira bertemu dengan Nabi Muhammad s.a.w, ke tapak unta dimana unta yang ditunggang oleh Nabi Muhammad s.a.w berhenti..

selepas itu, pulang ke ruknuddeen.. Aku dan Kak farhanah terus ke embe-c kerana ada dars oleh ustz Tm fouzy.. Kemudian ada makan-makan, tetapi terpaksa keluar awal kerana mak dan bapak belum makan.. jadi keluar bersama mereka membeli makanan. :)

Hari kelima.
Jam 1 petang ke embe-c bersama mak dan bapak, jemputan oleh Ummi Yasmin.. :) makan nasi briyaaani.. sedaaap! kemudian bapak nak tengok barang-barang yang dijual oleh unit ekoniaga..

Kemudiaaaaaan, pulang ke rumah dan rehat sahaja.

Hari keenam.
Jemputan jamuan makan-makan. :) 
Tengahari di rumah kak is. Makan lauk asam pedas ayam! ikan kering.. fuhhh.. sedap sangat-sangat.. :) kemudian aku harus ke airport untuk menjemput cik mila iaitu kawan kepada ibuku.. Aku menaiki taxi untuk ke baramkeh (perhentian bas airport). Melihat jam di tangan, aku sudah terlewat.. Lalu aku menelefon yasmin yang kebetulan berada di airport, minta tolong beliau untuk menjemput cik mila.. manakala aku tunggu di baramkeh...

Tunggu punya tunggu, sehingga bosan keseorangan.. Lalu aku mengeluarkan camera ku untuk memetik gambar.. Petik.. petik.. petik.... tiba-tiba, trafik polis datang bertanya kepada ku, apa yang sedang aku lakukan.. kemudian aku diminta untuk menunjukkan camera ku...

Lalu-lalu aku menunjukkan camera ku, dia beritahu ku bahawa kawasan itu adalah kawasan larangan untuk memetik gambar... haishh.. aku pun dikerumuni oleh beberapa pegawai polis yang tidak berseragam.

takut. gementar.gerun. haha. itu lah perasaan ku pada waktu itu..akan tetapi, aku hanya membuat muka yang tenang *disebalik niqab mereka tidak dapat melihat muka ku.:p* aku hanya melontarkan soalan yang agak ''bodoh'' kepada mereka..  ia menunjukkan seolah-olah aku adalah 'tourist'.. hehe.. kemudian, polis ini menyuruh ku menaiki kereta beliau.. beliau membawa ku ke balai polis.. lalu ku memberitahu polis itu bahawa aku sedang menunggu kawan ku di situ... Polis itu pun menyuruhku mengikut beliau ke balai sebentar kemudian dia akan mengambil yasmin dan cik milah.

bila di dalam lif, aku bertanya kepada polis, "kau kata nak ambil kawan aku???? kenapa bawa aku ke balai pula??"*sudah tentu aku bertanya dalam bahasa arab* polis itu pun menjawab, "sebentar... lepas jumpa orang atasan baru aku ambil kawan kau" hmm...

tunggu di bilik orang atasan, aku membuat muka selamba sahaja.. seolah-olah tidak ada apa-apa yang terjadi.. kemudian, hp aku bunyi tanda ada panggilan.. aku meminta izin polis itu untuk menjawab telefon.. panggilan dari yasmin, "hello yasmin... tolong kita, awk suruh wati ambil buku merah kita... buku merah yang bawak ke luar negeri... kite tak bole sebut buku tu... " haha.. kelakar kan? nasib baik yasmin faham.. kemudian, wati pula menelefon ku.. kecoh sebentar..

setelah semua nya selesai, polis itu membebaskan ku, beliau menghantar ku ke rumah ku kerana ingin melihat passport ku.. setelah semuanya selesai, aku kembali ke rumah mak bapak ku.. kawan rumah ku sedang berkumpul di situ.. hehe.. bapak ku berleter dan berleter.. hehe.. diikuti kawan-kawan ku... huhu.. aku amat rasa bersalah..

Pada malamnya, kami ke rumah abg ismail untuk jamuan makan. Selepas rumah abg ismail, rumah abg fahd dan kak lin...

Hari ketujuh.
jamuan makan di rumah abg munir pada pagi hari....
kemudian petang....
PULANG.. MARI LAH PULANG.. PULANG~! :)
hmmm......... ternyata,,, tidak jadi.. kecoh kecoh kecoh.. *malas nk cerita*

Hari ketujuh.
Pagi-pagi lagi keluar beli sarapan.. kemudian jalan2 di pasar bersama mak dan bapak ku buat terakhir kali... hantar mereka ke airport.. tidak nangis. hehe. mungkin sudah terbiasa.. ;)

itu sahajaa...........

aku rasa amat bersyukur dengan nikmat ini.. alhamdulillah.. inilah nikmat yang paling aku hargai...

No comments: