Da'wah . Berda'wah .
Apa itu berda'wah?
-Berda'wah ialah mengajak manusia kepada kebaikan.
Berda'wah bukan satu perkara yang mudah. Jauh lagi dari perkara yang senang dilakukan.
Jika kita tinjau kekasih Allah, Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم berda'wah, tidak mudah bagi beliau. Beliau dilemparkan najis, batu, duri tidak hanya itu, dilemparkan kata-kata kesat, kata-kata benci kepada Baginda صلى الله عليه وسلم.
Mari sama-sama kita amati sebuah cerita tentang seorang buta yang terlalu membenci Baginda صلى الله عليه وسلم. Setiap hari, tanpa putus asa, beliau akan berdiri di tempat manusia berjalan, beliau akan memekik, "hei manusia, dengar sini, usah kau dengar kan kata-kata Muhammad si pendusta itu. Dia berbohong kepada kalian"
Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم tidak pernah walau sekali pun memukul, memarah, mengherdik si buta itu.
Namun, pada suatu hari, Nabi Muhammad صلى االه عليه وسﻻم berlalu di tempat yang biasa, dan mendapati si buta itu tiada di situ. Baginda mulai cemas dan tertanya-tanya di mana si buta itu.
Rupa-rupanya si buta itu jatuh sakit. Tanpa membuang masa, Baginda ke rumah si buta itu untuk mengetahui keadaannya. Baginda membawa makanan untuk beliau, tidak hanya itu, malah baginda menyuapkan si buta itu.
Walaupun si buta itu menghina Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم
Betapa tinggi nilai kasih sayang Baginda terhadap sesama manusia. Baginda mempamerkan akhlaq nya yang sangat mulia.
Selepas Baginda wafat, sayyidina Abu bakar menggantikan tempat Baginda. Pada suatu hari, beliau pergi ke rumah buta itu untuk membuat rutin harian yang dilakukan oleh Baginda.
Apabila Sayyidina Abu bakar menghampiri si buta itu, beliau terdengar tomahan yang dilemparkan oleh si buta itu.
Beliau terkejut bagaiman Baginda boleh bersabar dengan si buta itu. Ketika sayyidina Abu bakar menyuap si buta itu, si buta itu bersuara ,"siapa kau??"
"Aku adalah lelaki yang selalu ke sini untuk menyuap kau." "Bohong! Kau bukan lelaki yang selalu menyuapku." "Bagaimana engkau tahu? Sedangkn engkau orang buta?" "Aku tahu dari suapannya dan gaya engkau menyuapku sangat berbeza. Mana lelaki yang sering menyuapku?" "Jika engkau ingin tahu, lelaki yang sering kau mengatakan benci, mengutuk nya, Beliau lah yang sering ke sini untuk menyuapmu. Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم telah wafat..
Si buta itu menangis menyesal. Selama ini lelaki yang sering dikutuk itu lah yang selama ini membuat kebaikan terhadapnya..
Tanpa membuang masa, si buta itu terus masuk islam.
Lihat bagaimana Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم bersabar dalam berda'wah. Baginda hanya menunjukkan akhlaq nya yang mulia..
Memang benar berda'wah itu tidak mudah. Kita harus mempunyai sifat sabar, sifat ikhlas dan paling penting istiqamah. Jangan lupa untuk saling doa mendoakan. Baru lah dapat dirasakan kemanisan iman.
Berda'wah kepada diri sendiri, keluarga, sahabat handai, baru la kepada masyarakat. Semoga Allah memberikan kami semua kekuatan.. in shaa Allah.. :)
No comments:
Post a Comment