Wallahi... aku sangat merindui Syria.. di situ lah aku mengenali erti sahabat, sabar, adab dan banyak lagi... lebih penting, mengenali diri sendiri... sejauh mana kekuatan diri ini menanggung rindu terhadap keluarga... sejauh mana diri ini kuat melalui pelbagai rintangan, halangan dan cabaran... aku belajar erti ketabahan, erti cinta kerana Allah, erti berdikari.. bumi yang dipenuhi dengan masyaikh, maqam-maqam anbiyaa, di mana para Nabi pernah menjejakkan kaki mereka di situ.... wallahi, aku sangat merindui bumi syam itu...........
4 tahun sudah berlalu... begitu lama aku telah meninggalkan bumi syam.. namun segala kenangan masih berada rapi di ingatan ku... seolah-olah baru sahaja semalam ku pulang dari syria.... syeikh mustafa dib bugho telah dibawa masuk ke singapura dari kota dimasyq, masyaAllah... apabila berjumpa dengan orang syria, hati melonjak gembira.. namun, keaedihan mula menapak di hati..
andai suatu hari nanti, keadaan menjadi seperti sediakala, akan ku bawa keluarga ku ke sana... ameen ya rabbal alameen..
No comments:
Post a Comment