Kadang-kadang Allah uji kte. Untuk menguatkan iman kte, untuk menaikkan darjat seseorg tu. Allahu akbar. Memang banyak sangat ujian dan dugaan. Semoga sesiapa yang diuji, tabah dan sentiasa bersabar. Sesungguhnya Allah sentiasa bersama orang yang bersabar. #positive #sikitjelagi #crucialstage #hwaiting
Sunday, December 21, 2014
Friday, December 05, 2014
Tunang.
Assalamualaikum.
Bulan ni, sudah masuk 2 bulan tunang secara official(adat). Nak dengar cerita masa hari kte bertunang?
Pagi-pagi dah siap untuk pergi tuition, jam 9.00 pagi. Mak tanya, kenapa tak batalkan? Macam mana nak batalkan kalau esoknya budak-budak exam.
Jam 10.30, tamat tuition. Terus bergegas pulang ke rumah. 10.45 tiba di rumah,tanpa membuang masa, mandi dan bersiap.
10.50 dapat message, "kita dah otw". Memang panic kejap. Ape tak nya, baru nak pakai tudung dan sebagainya.
10.55 rombongan sudah berada di bawah. Kelam kabut jadinya. Nasib baik kak yani ada membantu untuk bersiap.
11.05 keluar bilik, bersalaman dengan ahli keluarga bakal suami di luar. Memang nervous sangat. Katanya hanya 4 orang yang datang, tiba-tiba ada 8 orang pula.
Bila kenangkan kembali saat-saat bertunangan tu, memang sangat simple dan mudah. Tiada berbalas dulang dan sebagainya.
Mengikut perbincangan, tarikh pernikahan 14 march 2015. Tarikh majlis pula 15 march 2015. :) 99 hari dari sekarang.
Diberi masa pada december ini untuk menyiapkan apa yang patut, kerana Januari, sudah mula berkerja. Semoga dipermudahkan segala urusan. :) ameen
Saturday, October 18, 2014
Cik joe.
Selepas 3 bulan berkenalan, cik joe melamar saya.
Tahun depan bulan 3 tamat lah riwayat saya sebagai anak dara. :')
#doakansemuadipermudahkn
Tuesday, August 19, 2014
Jodoh ♡
Tuesday, April 15, 2014
Ciri-ciri orang bertaqwa
1.Belajar bahasa Arab, belajar al-quran, belajar tafsir dan mengamalkannya
2. Banyakkan istighfar
3. Solat malam walaupun hanya 2+1 rakaat
4. Puasa isnin khamis
5. Sedekah
6. Sembahyang berjemaah (subuh dan isya')
#istiqamah
-ust afandi
Monday, April 14, 2014
Drafted post now published.
Sampai bila hendak maju?
Kalau hati masih batu.
Sampai bila hendak berjaya?
Kalau masih tidak bermaya.
Sampai bila hendak sedar diri?
Kalau sentiasa memerli.
Sampai bila hendak kecundang?
Kalau mengabaikan undang-undang.
Sampai bila hendak kenal Allah?
Kalau sering mencari dunia yang parah.
Sampai bila hendak menjadi jahil?
Kalau diri selalu bakhil.
Sampai bila hendak menjadi cerdik?
Kalau diri sering diherdik.
Sampai bila hendak menjadi pandai?
Kalau asyik memandai-mandai.
Jeritan hatiku~
Ia menjerit....
Menjerit keresahan...
Menjerit kerinduan...
Menjerit kelaparan...
Rohani..... ia sangat lapar dan dahaga....
Mendahagakan ilmu..... lapar sentiasa minta diisi.....
Betapa kejamnya manusia hanya memuaskan jasmani.. tanpa menghiraukan rohani... sangat zalim manusia kerana tidak berlaku adil..
Wet day!
Today is a wet day. Im loving it. :) alhamdulillah.. ♡♡♡
Wearing manto, just like in syria. :D im happy!!
Sunday, April 13, 2014
Cari.
Ku tercari...
Ku tergapai...
Namun, tidak satu yang ku jumpa ..
Aku lemas.... aku rimas... hanya dengan air mata yang mampu ku luahkan... tiada kata-kata yang dapat ku katakan... hati ini dirundung kepiluan.. kesedihan yang menggores hati...
Saturday, April 12, 2014
Dunia.
Aku ingin hidup dalam sepi...
Aku dambakan cinta dari Mu ya Rabb...
Betapa aku lemas dalam dunia yang serba mengejarkan kemewahan... yang terlalu mengejarkan dunia..
Aku jemu, mual sekali melihat gelagat manusia yang sangat menjengkelkan pandangan secara kasar...
Aku terlalu alpa di dunia... seringkali melupakan kebesaranMu ya Allah....
Aku sering terleka dengan dunia, dunia yang dipenuhi dengan maksiat...
Aku ingin berlari, berlari jauh dari semua ini..
Aku lemah........ aku seorang insan yang lemah.....
Allahu Allah.....
Saturday, April 05, 2014
:(
Ya Allah.. selamatkan layar bahteranya.. :( jangan la di dihanyutkn bahtera itu... semoga Allah menguatkan diri aku..! Ameen~
Rasa mcm nk lari je!!
Thursday, April 03, 2014
Dilemma mama
So, what does it mean? After 1 year plus didn't see him. And tadi, Allah jumpe kn kte.. ape hikmah disebaliknya tu?? Ya Allah.. nak nangis boleh?
Wednesday, April 02, 2014
Tareem wa ahlaha~
"If u are married, its easier for you to go there."
*sighh*... siapa nk pergi tareem? Jom kahwin.
Haha k just joking. No this ain't aprilfool.
I really wanna go to tareem. Just that, its easier with your mahram by your side. Hmmm.. nak nangis boleeee.. T___T
Allahu Allah.... Allahu Allah..... Allahu Allah.. Allahu Allah...... :,(