Thursday, July 01, 2010

bila anak manja berjauhan

Saya mengaku, dalam keluarga, yang paling manja adalah saya. :) dan saya juga dimanjakan oleh bapa saya. :) mak saya? hmm.. kadang-kadang sahaja. hehe. sebab dia lebih manjakan abang saya. kadang-kadang, tercuit juga rasa cemburu. hehe. tapi tidak kisah, kerana bapa memanjakan saya lebih dari abang saya.

Saya anak yang ke-tujuh dalam keluarga, dan juga anak perempuan yang terakhir. di bawah saya ada lagi tiga adik lelaki. Jadi, sudah tentu saya juga dimanjakan oleh kakak dan abang saya. Kadangkala, apabila saya inginkan sesuatu, bapa saya mesti menunaikan permintaan saya. kadang-kadang memang lah seronok, tetapi kalau dah selalu, bising juga bapa saya nanti. :)

Saya selalu merasakan bahawa diri saya paling tidak beruntung dalam keluarga. Namun, bila saya fikirkan kembali, saya yang paling beruntung. kenapa? kerana, bandingkan saya dengan abang(reza) dan adik adik saya, saya seorang sahaja yang sudah menaiki kapal terbang. waktu itu menunaikan ibadah umrah bersama bapa dan mak. Saya rasa bersyukur dan beruntung kerana dapat mengikut mereka ke sana. alhamdulillah..

bandingkan saya dan abang(reza) dan adik-adik saya, saya yang paling banyak travel. dan saya bersyukur.. :)

sebenarnya post saya hari ini untuk meluahkan perasaan bimbang saya. hmm.. boleh kah saya berjauhan dengan keluarga saya? saya yakin, saya boleh! (dah latih sewaktu pergi perkemahan).. hehe..

kalau di syria, saya sakit? bapa saya tidak ada. kalau di sini, saya sakit, bapa lah yang akan bangun tengah malam untuk lihat sama ada saya ok atau tidak. patutlah, bapa seakan berat hati untuk saya belajar ke luar negeri. hehehe. manja sangat. tapi itu lah dia, saya yakin.. saya boleh! insyaallah.. doa kan saya ya. :))

hmm.. nampaknya saya kena kuat untuk tinggalkan segalanya.. segala benda yang saya aktif. hmmhmm.. insyaallah... 2 tahun bukan nya lama sangat. pejam celik pejam celik.. dah dua tahun~ hehehe..

saya rasa itu sahaja. :)

No comments: