Assalamualaikum~! :)
Hari ini adalah hari yang paling seronok buat dayah. Ada dua hamba allah ni, ambil half day hari ini. nak chill out katanya. Dua hamba allah ini bernama ain dan aini. :) mereka bukan kembar ya. dayah dijemput oleh dua wanita ini di perhentian bas berdekatan dengan rumah dayah. di dalam kereta, kami berbincang hendak ke mana. akhirnya, kami semua setuju untuk ke mustapha centre. :)
selalunya, dari woodland ke mustapha centre hanya memakan masa selama 40 minit. namun, driver kita pada hari ini, tidak begitu familiar dengan tempat di sini. Jadi, kita tiba di mustapha centre selepas 2 jam. :) hehe. comel betul driver nya. kami ke city square shopping centre untuk memarkir kereta. lalu ke BBQ CHICKEN untuk dinner . alangkah terperanjatnya bila ternampak hafiz ishak. :) tak sangka beliau bekerja di situ.
kami pun memesan makanan. selang berapa minit starter course dihantar oleh seorang pelayan. iaitu ayam goreng. selepas itu, satu per satu makanan kami dihantar. selepas habis main dish seorang pelayan menghantar dish nachos. kami pun menolak, kerana kami tidak pesan nachos. selepas pelayan itu pergi, hafiz datang ke meja kami dan memberikan nachos itu sendiri. haha. percuma rupanya! terima kasih hafiz di atas makanan perrrr itu.. hehe.. bukan itu sahaja, air pun dapat free flow. hehe. seronok betul! :)
selepas dah puas makan, kami menjamu ice cream yang dihidangkan.. :) setelah itu, kami pun beredar untuk ke mustapha centre.. saya sempat membeli kasut dan seluar alladin! gembira sungguh. hehe. setelah puas pusing-pusing bak gasing di mustapha centre, kami pun pulang... mereka hantar dayah di perhentian bas yang sama. maklum sajalah, rumah dayah ni jauh di dalam. kalau nak suruh hantar di bawah kolong blok, amat la menyusahkan. :)
bersyukur dapat kawan yang murah hati, baik hati dan jujur seperti mereka. :) semoga allah memberkati hidup mereka, keluarga mereka dan orang-orang yang mereka sayangi..
sampai disini sahaja warkah saya pada hari ini. sampai jumpa di lembaran baru.
assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment