Tuesday, December 10, 2013

Thursday, November 28, 2013

Pak pak bing bing~

Assalamualaikum~ this post goes to a good friend of mine, Khairul Ummam~

A good friend, bestfriend, brother, listener, advisor, sister , ________ (u may wanna add)

He was my senior in Irsyad. We never had any conversations back then. But, i can't remember how we ended up being a good friend.

Because of his slumberness, friendly and funny, i became comfortable with him. Oh well, sometimes i asked him for his opinions etc. He will give some serious advices. Thats what i like about him.

And now, like finally, he's getting married!! ^^ im so excited! Happy seeing your own good friend finally settling down. :) oh, he's getting married with his very own cute princess~ kak adibah! Hehe. Both of them are super cute together. Seriously, muka dah mcm adik beradik (thats what org ckp, jodoh kte.. tk gtu?)

So yeaaah... dah nak kahwin sey~ tak sabar nk tgk majlis nikah. Confirm nervous gile kan? He he.

Semoga, rumah tangga yang akan dibina bukan sekadar kekal hingga anak cucu, tapi, kekal selamanya, hingga ke syurga... :'D ameen!

P/S: lagi satu bulan jeeee!!

Sunday, November 24, 2013

Friday, November 15, 2013

Rahsia Hati ♡

Apa akan terjadi kalau hati aku terpaut kepada dia? Sudah tentu, tidak akan ada apa-apa yang terjadi.

Tetapi, peribadinya, akhlaknya, tegurannya, santunannya membuat hati yang keras ini runtun juga.

Pernah ku menidakkan perasaan ini untuk tidak akan jatuh hati padanya... namun... aku kalah dengan sikapnya yang acuh tak acuh, sikap saling bantu-membantu.

Baru aku mulai faham, kenapa ramai yang terpikat akan dirinya.. walaupun wajah nya tidak tampan, namun hatinya telah melebihi segalanya. Mungkin, pujian ini terlalu tinggi baginya.

Dia tidak akan pernah menerima pujian sebegini. Sudah tentu, hanya dirinya sahaja yang mengenali dirinya sebenar-benar nya.

Aku kalah... kalah dengan sikap nya... kalah dengan sifat kepimpinannya. Aku tahu, tidak layak diri ini untuk insan sepertinya....

Aku berdoa, agar Allah memberi ku seorang suami seperti mu.... atau lebih baik dari mu..

Bismillahi MasyaAllah atau segala pujian yang telah diucapkan. :)

Monday, November 11, 2013

Harta? Itu lah punca manusia bergaduh, putus silaturrahim, bertengkar, membenci antara satu sama lain, hanya kerana HARTA. Benda yang tidak akan dibawa mati.

Keluarga berpecah belah. Membuat muka antara mereka.. memang sedih sangat..

Apa nak jadi? Harta anak yatim dikebas dimakan tanpa ihsan. Setelah itu, yang dizalimi itu dibenci nya. Dipulaukannya..

Tidak lupa yang sama-sama bersubahat. Allah maha adil. :) duit itu tidak akan ke mana.. :)

Saturday, November 09, 2013

7th day in Melaka

Malam hari terakhir tu, memang sedih. Allah je tahu hati ni.. Terkilan tak dapat jumpa kak dini sebelum dia pergi dewan Parujas. 

Malam tu jugak lah kita semua lepak kat warong teh sedap tu, lepas tu tukar tempat pergi warong yang dekat dengan rumah. Bonding session ngan belia-belia Melaka. Di saat-saat terakhir baru mula rapat dengan  mereka semua. 

7th day. 

Pagi-pagi belia-belia dah datang rumah. Konon-konon nak photoshoot sama-sama. Maklumlah, hari terakhir bersama. :') 

Tangan gatal nak bawa motor manual. *kemaruk sebab dah pandai bawak* pinjam motor yasir. Bawa sakinah pergi rumah budak-budak year 1. sebab ada hajat di sana. :) 

Masa nak patah balik tu, eyna puji, dia cakap kita bawa motor bagus. amboi~ hati mana tk kembang. Lupa pada Yang Maha Kuasa.. apa jadi? masa nk buat pusing tu, terlanggar tembok, dagu terhentak tembok. motor pun jatuh~ kwang kwang kwang.. Pergi dewan parujas jap jumpa abg faizal, nak tanye pasal van. Dia perasan calar-calar yang ada kt motor tu. huhu~ obvious sgt kot.! 

Sambung lah jalan patah balik tempat tinggal... Bagitau kat diorg yang ada kat situ nk buat ape... terus abg syukri betul kan cermin dia~ *nasib baik* memang part calar tu susah sikit.. hehe.. terus ada la drama sikit............. :D

ala kulli haal~ Alhamdulillah.. dapat settle dengan cara baik. thanks to budak-budak belia, especially Muz! yang effort bawa motor tu pergi bengkel untuk tanya kan harga. :) thanks!! ^^

around 11.30, ktorg pergi dewan parujas.. Aiman hantar ktorg.. nasib baik ada kereta. kalau tk, jalan kaki la jawabnya~ hehe thanks aiman! sampai dewan, petik-petik gamba, main black magic!  sampai sekarang dorg tk tau black magic tu ape.. hehe.. akhirnya, pukul 12.30 kte bertolak pergi melaka sentral.. memang waktu tu emosi.. tapi, tetap maintain.. :D senyuuum je. 

Kali terakhir tengok wajah dia... haha jeng jeng jeng... masa dia hantar nak naik bus tu, memang la sedih sikit. tahan je~ 

Sampai je KL sentral, budak-budak belia semua ada.. sweeet sangat diorg buat surprise! :D 

Nak pergi, hati berat. Nak balik hati pun berat. :) sebab hati dah terikat kat situ.. huhu~ semoga kita dapat berjumpa lagi~ :)) rindu...



Sunday, November 03, 2013

7 days in malacca

Assalamualaikum. :)
Finally, dapat update blog~
7 hari berjauhan dari keluarga dan kawan-kawan. Pergi ke Melaka untuk Perkampungan Belia di Kampung Sungai Udang.
Program DMDI, Dunia Melayu Dunia Islam.
Pada mulanya, hati berat sekali nak pergi program tu. Hampir nak cancel.. bermacam ujian melanda masa tu..

Dua hari sebelum, adik masuk hospital. Waktu tu belum sempat langsung nk jenguk di hospital. Rasa serba salah sangat-sangat. Malam tu pula, mak dengan bapak sakit demam.. demam panas teruk sangat.. abang tak kasi keluar pergi hospital, suruh jaga mak dengan bapak.
Bapak meracau sebut nama, "dayah... dayah.. dayah..." macam tiap kali aku demam meracau panggil bapak.. rupa-rupanya, bapak panas.. aku pun apa lagi, basahkan tuala kemudian tekap bapak sampai dia dah rasa sejuk sikit.

Memang la waktu tu hati tk tenteram.. nak pergi ke nak cancel je.
Esok pagi nya, keadaan mak bapak makin teruk. Terpaksa masuk sekolah lambat. Bangun pagi, masak untuk satu keluarga. Kemudian kemas rumah, siap untuk pergi hospital.. jenguk adik. Sedih tengok muka dia.. boleh nampak yang dia sedih sangat sebab mak bapak tk ada di sisi. Apa nk buat, dua dua demam panas, susah nak gerak. Terpaksalah pujuk adik.. :') memang kalau ikutkn hati nk nangis depan adik. Hehe. Tapi kene kuatkan semangat. Tak gitu?
Tengok muka adik sedih sangat, turun lah bawah beli balloon get well soon, muka dia terus happy sangat. :) hati ni berbunga-bunga bila tengok adik senyum..
Alhamdulillah.. :)) dalam jam 2.30, ustazah masaini menjemput aku dari hospital untuk ke sekolah. Memang hati ni berat nak tinggalkan adik sorg-sorg.
Apa nak buat.  Sekolah memanggil.. di sekolah pula, memang langsung tak ada mood. Hati berat nak pergi melaka. Sangat berat.. namun, bila da pulang ke rumah, tengok muka mak bapak da ceria sikit. Alhamdulillah.. :) teros minta izin sekali lagi, bapak izinkan.. alhamdulillah..
Pagi sebelum nak berangkat tu, baru nak pack bag. Memang last minute packing la kira.. pukul 10.30 baru keluar jumpa yang lain-lain di woodlands lama. Memang masa tu, hati masih berat juga. Namun ditabahkan juga hati ini. Demi tak nak kecewakan ustazah mastura. :)
Tibanya di johor, bus menjemput kami. Naik je bus,dalam bus semua orang yang terlalu dewasa. Terfikir jap, katanya untuk belia. Hehe.. tapi ape pun, kte semua memang buat hal sendiri..
Sampai melaka pada pukul 4.30 ptg. Alhamdulillah~ selamat sampai ke dewan parujas. Memang masa tu tak ada semangat sangat. Macam nak mengamuk je. Haha. Sebab, tempat da lah panas, ramai org. Huhu.. mcm semak pun ada..
Lepas tu masa penyerahan anak angkat, memang da boleh agak dorg akan panggil org singapore naik. Group aku la yang kena naik. Memang krik krik gile masa tu. Rasa macam nak balik singapore pun ada.


Lepas majlis penyerahan, kita semua pulang ke rumah mak angkat. Dijemput oleh kak fitry. Alhamdulillah.. rumah yang kita dapat sangat bersesuaian.. dsi yr 2, semua dapat serumah dan sebilik.
Malam tu kita kena pergi mesjid. Perut sesatu berkeroncong. Dalam perjalanan ke masjid, selisih dengan orang dari thailand, indonesia semua cakap, prigram masjid da habis. Namun, tetap semua nak sambung perjalanan ke mesjid, walaupun tak tahu mesjid di mana. Tetap, sambung perjalanan.. namun...... setelah terlihat kedai burger, jengjeng.. semua stop and order burger. Lepas siap je burger tu, nak patah balik kedai makan, pikiran jap.
Tengah nk jalan tu, ada van passby, Alhamdulillah.. rezeki.. :) kte pun pekik je suruh van stop. Hehe..
Abg van tu pula, baru first time jumpe da cari pasal. Huhu.. siap cakap van makin berat. Sabor je. Nasib baik nak tumpang nye pasal, diam je la. Haha.
Kte semua pun turun la kat kedai makan makan malam sekali. Sedap makanan dia~ tomyum, mee goreng basah~ mmmdaaap.
Main swing, main see saw.. hehe betul-betul nye deprive childhood.
Lepas makan, abg baik tu pun datang dgn van.. :D happy la semuaaa.. then, dia hantar balik.. dalam van tu ada org indonesia. Dia join rumah kita sekali. Dapat kawan baru~ nama dia kak dinie.


2nd day


Pagi-pagi lagi kita semua jalan kaki pergi dewan. Walaupun jauh, semua tetap bersemangat. Hwaiting!
Sampai je dewan... orang indonesia yang kasi taklimat . Huhu ingtkn la tu orang yang incharge. Rupanya tak~ apepun, masa kt dewan tu ada lagi 2 kawan baru. Zakirun ngn rizki. Diorg duduk serumah dengan munawwar dan mustaqiim.
Habis je "taklimat" semua serbu rumah mama ayah kat belakang dewan. Rumah budak-budak year 1. Rumah dia sangat best dan sangat modern~ patutlah budak-budak tu semua sukeee.  Bole survive ler..
Habis je ziarah, kita balik ke rumah.. jalan kaki.. mengharap la jgk abg baik tu lalu dengan van.. tapi tk ada.. :(  sabar je laa~
Sampai je rumah, semua lepak jap hilangkn penat.  Lepas tu, kte gerak pergi rumah munawwar pula lepas makan tengahari..
Tengah duduk-duduk bincang tetibe ada van datang.. jengjengjeng..
"Diminta 2 orang dari singapore untuk ikut kami ke dewan untuk meeting"
Huhu.. memang ah terkejut an.. yelaa. Dtg muka serious.. ape cite yg kte dah buat.. huhu..
Yang pergi, aku dengan munawwar la. Rupanya ada meeting.. hehe. Kte diminta untuk pilih talk ape yang kte nak pergi etc.. etc..
Lepas meeting, diorang hantar balik ke rumah.. kte pula sambung meeting ngan kawan-kawan.. since kte tk ada apa apa nk buat, kita jalan-jalan kat kampung ramai-ramai.. best! Petik-petik gambar dan sebagainya..

Balik je rumah, semua siap-siap.. sebab malam ada malam kebudayaan..
Malam tu, van datang amek~ yang incharge van tu nama dia abg faizal.. orang nya memang kelakar. Tengok muka dia je dah bole gelak. :p
Malam kebudayaan pun bermula... macam-macam dia nye show.. kte semua pun memang la culture shock jap. Tk biasa dengan tu semua.. huhu..
So, ape yang kita buat? Lepak kat luar. Duduk atas road.. pergi warung minum teh susu dia yg sedap gileeee.

So yeah. Balik rumah, kte belajar jinayat.


3rd day


Pagi-pagi ronda bandar melaka~ tour guide kte masa tu abg-abg baju hijau. Ada abg bukhairy, pijot, shahrul, eyna dan lain-lain lagi. Yang nama kte sebut tu la yg betul2 bwk ktorg. Walaupun ada benda terjadi.. haha.. Allah je yang tau hati kte semua masa tu. Memang panas je~ apepun, kte semua tetap sabar... :)

Pergi masjid selat sekali lagi~ untuk petik-petik gambar. Since we were only given 20 minutes there.
Lepas dari masjid, kte pergi tempat hang tuah. Masa tu semua memang tkde mood sgt dengan cuaca yang panas.. hati yang panas.. hehehe. So tk beli barang sangat.
Lepas jalan-jalan, kte balik rumah keluarga angkat. Sebab malam nya kita ada event lagi di dewan parujas. Not again, tarian etc.


4th day


Pagi-pagi kita ada talk di hang tuah hotel. Talk on ahli sunnah wal jamaah. It was a good one actually. Coz they shared about shiah too. Since my thesis is about shiah, atleast i can get some useful infos.
At night, we went to menteri melaka's house for some visiting. Okay la. The place is big. *duhh*

 
5th day


The day we've been waiting for. What is it? Nah.. its not about the biros talk. But.... jumpe ustazah sharifah! Only Allah knows how much we miss ustazah~ hee. We have the biro talk . Went for the biro belia. It was a good sharing session.
Had our long break. So we decided to watch movie. Watched insidious. Play arcade. Etc etc.
At night, we have the closing ceremony. *kene marah lagi* haha. Kelakar la juga actually..
Ape pun, kte enjoy kn yg penting.


6th day


Ustazah balik. :'( cerita sedih. Pagi tu ktorg ada talk, tapi ramai cabut tido kat musollah. Huhu.. ngantuk sgt.. petang tu pula, kte semua pisah. Ada yang jalan-jalan.. senang kata semua jalan2..
Kte jalan ngn afiah, sakinah nawwarah ngn jack. Abg faizal jadi tour guide. :D kte pergi bandar hilir untuk petik-petik gamba lagi. Since kelmarin tk sempat kan~
Kenangan terindah sebelum balik singapore~~
Lepas jalan-jalan balik hotel just for dinner. Then sepatutnya balik rumah, but the  belia-belia ajak lepak. Since its gonna be our last night there.. :) alhamdulillah.. dapat kenal semua.. walaupun tk selalu nampak.

Went back early sebab da tk tahan bau rokok. Huhu~ naik motor napi~ i mean, i bawa motor dia sorg. 
While, dia ngn bibi jalan kaki. Hehe.
So yeah.. dah nak balik baru rasa sedih.


7th day


Last daaaaay~ *tknk crite* sedih sgt. Nnt sambung k.

Saturday, November 02, 2013

I have to know where i stand since the beginning..... before it became more serious,i shall not go with the flow.. :(

I shouldnt have to even ask for it. Why dayah, why?

Im disappointed with myself. Knowing that its impossible for us.. but still, deep inside my heart there's a little hope..... hoping for the impossible to be possible..

But yeah. This is not drama or any fairy tales.

Be strong dayah..!

Friday, October 18, 2013

Da'wah . Berda'wah .

Apa itu berda'wah?
-Berda'wah ialah mengajak manusia kepada kebaikan.

Berda'wah bukan satu perkara yang mudah. Jauh lagi dari perkara yang senang dilakukan.

Jika kita tinjau kekasih Allah, Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم berda'wah, tidak mudah bagi beliau. Beliau dilemparkan najis, batu, duri tidak hanya itu, dilemparkan kata-kata kesat, kata-kata benci kepada Baginda صلى الله عليه وسلم.
Mari sama-sama kita amati sebuah cerita tentang seorang buta yang terlalu membenci Baginda صلى الله عليه وسلم. Setiap hari, tanpa putus asa, beliau akan berdiri di tempat manusia berjalan, beliau akan memekik, "hei manusia, dengar sini, usah kau dengar kan kata-kata Muhammad si pendusta itu. Dia berbohong kepada kalian"

Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم tidak pernah walau sekali pun memukul, memarah, mengherdik si buta itu.
Namun, pada suatu hari, Nabi Muhammad صلى االه عليه وسﻻم berlalu di tempat yang biasa, dan mendapati si buta itu tiada di situ. Baginda mulai cemas dan tertanya-tanya di mana si buta itu.

Rupa-rupanya si buta itu jatuh sakit. Tanpa membuang masa, Baginda ke rumah si buta itu untuk mengetahui keadaannya. Baginda membawa makanan untuk beliau, tidak hanya itu, malah baginda menyuapkan si buta itu.
Walaupun si buta itu menghina Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم
Betapa tinggi nilai kasih sayang Baginda terhadap sesama manusia. Baginda mempamerkan akhlaq nya yang sangat mulia.

Selepas Baginda wafat, sayyidina Abu bakar menggantikan tempat Baginda. Pada suatu hari, beliau pergi ke rumah buta itu untuk membuat rutin harian yang dilakukan oleh Baginda.

Apabila Sayyidina Abu bakar menghampiri si buta itu, beliau terdengar tomahan yang dilemparkan oleh si buta itu.

Beliau terkejut bagaiman Baginda boleh bersabar dengan si buta itu. Ketika sayyidina Abu bakar menyuap si buta itu, si buta itu bersuara ,"siapa kau??"
"Aku adalah lelaki yang selalu ke sini untuk menyuap kau." "Bohong! Kau bukan lelaki yang selalu menyuapku." "Bagaimana engkau tahu? Sedangkn engkau orang buta?" "Aku tahu dari suapannya dan gaya engkau menyuapku sangat berbeza. Mana lelaki yang sering menyuapku?" "Jika engkau ingin tahu, lelaki yang sering kau mengatakan benci, mengutuk nya, Beliau lah yang sering ke sini untuk menyuapmu. Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم telah wafat..

Si buta itu menangis menyesal. Selama ini lelaki yang sering dikutuk itu lah yang selama ini membuat kebaikan terhadapnya..
Tanpa membuang masa, si buta itu terus masuk islam.

Lihat bagaimana Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم bersabar dalam berda'wah. Baginda hanya menunjukkan akhlaq nya yang mulia..

Memang benar berda'wah itu tidak mudah. Kita harus mempunyai sifat sabar, sifat ikhlas dan paling penting istiqamah. Jangan lupa untuk saling doa mendoakan. Baru lah dapat dirasakan kemanisan iman.

Berda'wah kepada diri sendiri, keluarga, sahabat handai, baru la kepada masyarakat. Semoga Allah memberikan kami semua kekuatan.. in shaa Allah.. :)

Tuesday, October 15, 2013

Hati ini masih tersirat perasaan marah dan benci...

Hati ini masih belum boleh menerima...

Hati ini masih tidak mahu untuk mengalah...

Namun.. segala benci yang ada, tetap, perasaan rindu ini bertandang di hati ini..

Rindu bergurau, rindu ketawa, rindu untuk berkongsi aktiviti ..

Ego ku sangat tinggi.. hingga membuat diri ku tidak akan mahu untuk mengalah..
Apa yang dinantikan , hanyalah pujukan dari nya.. pujuk la untuk melembutkan hati ini..

Bukan diam semata..

Aku berdiam diri, kau juga berdiam diri..

Maaf. Aku tetap tidak mahu mengalah..

Sungguh.. aku sangat merindui waktu malam, tidak mengira waktu, setiap kali kau pulang, kau pasti akan ke bilik ku.. untuk bertanya khabar..

Ataupun, untuk bergurau senda.. sungguh aku sangat merinduikan waktu itu..

Namun kini, segalanya telah berubah.. kasih sayang harus dikongsi dengan orang yang tidak aku minati...

Abang.... andai kau membaca ini...... ketahuilah.. aku sangat merindukan diri mu.. titisan airmata tanda rindu ku terhadapmu.. namun, ego ini masih menebal di hati........... :'(

-luahan hati adikmu.

Sunday, October 13, 2013

Manusia sekarang, dengan yang halal, malu untuk bergambar mesra. Dengan yang haram, tanpa silu bergambar berpeluk-pelukkan..

Manusia sekarang, malu hendak berjalan dengan yang halal, namun dengan yang haram, tidak ada perasaan malu berpimpin di khalayak..

Manusia sekarang, yang haram di halalkan, demi mengikut kehendak nafsu yang membuas.

Manusia sekarang, ramai yang membenci kepada teguran, namun bersenang-senang mengikut membuat dosa .

Manusia sekarang,ramai yang tenggelam.. ditenggelami oleh kata-kata manis.....

I asked an ustaz. What is the best way to ask a smoker to stop smoking.

Ustaz's reply :" kte tak boleh nak halang mereka untuk menghisap rokok. Mungkin kte bole tegur sekali dua kali. Kalau dia tanye apa dalil semua, tkde dalam quran ke ape ke. Tk apa, org mcm gini tkyah debate. Sebab, dorg ttp akn menegakkan kebenaran diorg. Demi untuk kepuasan diri mereka. Jadi apa yg awk bole buat is doakan mereka. In shaa Allah satu hari dorg akan terbuka hati.. "

Really an eye opener. :)) in shaa Allah.. 

Kadang-kadang kita tak boleh terima nasihat dari orang yang berperangai teruk. Ego dan perasaan, "kau bukan nye baik pun .. pakai tudung pun tk. Pastu yg lelaki plak ckp je lebih.." kadang-kadang bila kte beri nasihat pun, tk ada yg nk dgr. Kenapa ? Sbb kte pun mcm diorg jgk.

Friday, October 11, 2013

This is the place where i express my feelings, emotions & thoughts. Frankly, i don't need unnecessary readers to be here. 😊😊😊


Dulu.. tak pernah tahu apa itu "adab". Baik adab dengan ilmu, guru, kawan-kawan hatta dengan kitab sekali pun..

Di dalam kelas, sering bermain.. malas belajar, tidak ambil peduli akan kepentingan pelajaran tersebut.

Buku kalau tak diconteng, tak sah. Buku maths kalau tk dikoyakkan tak sah.. betapa bodoh nya diri ini. Patutlah ilmu tak berkat. Sumber ilmu itu telah dilakukan seperti sampah.

Betapa jahil nya diri ini.. betapa bodoh nya diri ini.. andai dari dulu diterap tentang adab, mungkin ramai yang tidak menjadi begini.

Kini, apabila mengetahui akan adab-adab dalam belajar.. Malu sungguh dengan diri ini.. malu dengan apa yang telah dilakukan dahulu..

Allah.... Semoga kesilapan masa lalu dijadikan pengajaran buat diri yang lemah ini..

Allah musta'an..

Sigh.. i guess im too old ready. Super sensitive now. Allah...

Oh Allah please ease my burden. Its only you who can cure this heart.

The post pms for "sakit pondan" is already here. Im going to be super sensitive. :(