I wanna go far away from here. Seriously.. living far away from your own country is far away better.
Wednesday, December 11, 2013
Tuesday, December 10, 2013
Thursday, November 28, 2013
Pak pak bing bing~
Assalamualaikum~ this post goes to a good friend of mine, Khairul Ummam~
A good friend, bestfriend, brother, listener, advisor, sister , ________ (u may wanna add)
He was my senior in Irsyad. We never had any conversations back then. But, i can't remember how we ended up being a good friend.
Because of his slumberness, friendly and funny, i became comfortable with him. Oh well, sometimes i asked him for his opinions etc. He will give some serious advices. Thats what i like about him.
And now, like finally, he's getting married!! ^^ im so excited! Happy seeing your own good friend finally settling down. :) oh, he's getting married with his very own cute princess~ kak adibah! Hehe. Both of them are super cute together. Seriously, muka dah mcm adik beradik (thats what org ckp, jodoh kte.. tk gtu?)
So yeaaah... dah nak kahwin sey~ tak sabar nk tgk majlis nikah. Confirm nervous gile kan? He he.
Semoga, rumah tangga yang akan dibina bukan sekadar kekal hingga anak cucu, tapi, kekal selamanya, hingga ke syurga... :'D ameen!
P/S: lagi satu bulan jeeee!!
Friday, November 15, 2013
Rahsia Hati ♡
Apa akan terjadi kalau hati aku terpaut kepada dia? Sudah tentu, tidak akan ada apa-apa yang terjadi.
Tetapi, peribadinya, akhlaknya, tegurannya, santunannya membuat hati yang keras ini runtun juga.
Pernah ku menidakkan perasaan ini untuk tidak akan jatuh hati padanya... namun... aku kalah dengan sikapnya yang acuh tak acuh, sikap saling bantu-membantu.
Baru aku mulai faham, kenapa ramai yang terpikat akan dirinya.. walaupun wajah nya tidak tampan, namun hatinya telah melebihi segalanya. Mungkin, pujian ini terlalu tinggi baginya.
Dia tidak akan pernah menerima pujian sebegini. Sudah tentu, hanya dirinya sahaja yang mengenali dirinya sebenar-benar nya.
Aku kalah... kalah dengan sikap nya... kalah dengan sifat kepimpinannya. Aku tahu, tidak layak diri ini untuk insan sepertinya....
Aku berdoa, agar Allah memberi ku seorang suami seperti mu.... atau lebih baik dari mu..
Bismillahi MasyaAllah atau segala pujian yang telah diucapkan. :)
Monday, November 11, 2013
Harta? Itu lah punca manusia bergaduh, putus silaturrahim, bertengkar, membenci antara satu sama lain, hanya kerana HARTA. Benda yang tidak akan dibawa mati.
Keluarga berpecah belah. Membuat muka antara mereka.. memang sedih sangat..
Apa nak jadi? Harta anak yatim dikebas dimakan tanpa ihsan. Setelah itu, yang dizalimi itu dibenci nya. Dipulaukannya..
Tidak lupa yang sama-sama bersubahat. Allah maha adil. :) duit itu tidak akan ke mana.. :)
Saturday, November 09, 2013
7th day in Melaka
Sunday, November 03, 2013
7 days in malacca
Saturday, November 02, 2013
I have to know where i stand since the beginning..... before it became more serious,i shall not go with the flow.. :(
I shouldnt have to even ask for it. Why dayah, why?
Im disappointed with myself. Knowing that its impossible for us.. but still, deep inside my heart there's a little hope..... hoping for the impossible to be possible..
But yeah. This is not drama or any fairy tales.
Be strong dayah..!
Friday, October 18, 2013
Da'wah . Berda'wah .
Apa itu berda'wah?
-Berda'wah ialah mengajak manusia kepada kebaikan.
Berda'wah bukan satu perkara yang mudah. Jauh lagi dari perkara yang senang dilakukan.
Jika kita tinjau kekasih Allah, Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم berda'wah, tidak mudah bagi beliau. Beliau dilemparkan najis, batu, duri tidak hanya itu, dilemparkan kata-kata kesat, kata-kata benci kepada Baginda صلى الله عليه وسلم.
Mari sama-sama kita amati sebuah cerita tentang seorang buta yang terlalu membenci Baginda صلى الله عليه وسلم. Setiap hari, tanpa putus asa, beliau akan berdiri di tempat manusia berjalan, beliau akan memekik, "hei manusia, dengar sini, usah kau dengar kan kata-kata Muhammad si pendusta itu. Dia berbohong kepada kalian"
Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم tidak pernah walau sekali pun memukul, memarah, mengherdik si buta itu.
Namun, pada suatu hari, Nabi Muhammad صلى االه عليه وسﻻم berlalu di tempat yang biasa, dan mendapati si buta itu tiada di situ. Baginda mulai cemas dan tertanya-tanya di mana si buta itu.
Rupa-rupanya si buta itu jatuh sakit. Tanpa membuang masa, Baginda ke rumah si buta itu untuk mengetahui keadaannya. Baginda membawa makanan untuk beliau, tidak hanya itu, malah baginda menyuapkan si buta itu.
Walaupun si buta itu menghina Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم
Betapa tinggi nilai kasih sayang Baginda terhadap sesama manusia. Baginda mempamerkan akhlaq nya yang sangat mulia.
Selepas Baginda wafat, sayyidina Abu bakar menggantikan tempat Baginda. Pada suatu hari, beliau pergi ke rumah buta itu untuk membuat rutin harian yang dilakukan oleh Baginda.
Apabila Sayyidina Abu bakar menghampiri si buta itu, beliau terdengar tomahan yang dilemparkan oleh si buta itu.
Beliau terkejut bagaiman Baginda boleh bersabar dengan si buta itu. Ketika sayyidina Abu bakar menyuap si buta itu, si buta itu bersuara ,"siapa kau??"
"Aku adalah lelaki yang selalu ke sini untuk menyuap kau." "Bohong! Kau bukan lelaki yang selalu menyuapku." "Bagaimana engkau tahu? Sedangkn engkau orang buta?" "Aku tahu dari suapannya dan gaya engkau menyuapku sangat berbeza. Mana lelaki yang sering menyuapku?" "Jika engkau ingin tahu, lelaki yang sering kau mengatakan benci, mengutuk nya, Beliau lah yang sering ke sini untuk menyuapmu. Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم telah wafat..
Si buta itu menangis menyesal. Selama ini lelaki yang sering dikutuk itu lah yang selama ini membuat kebaikan terhadapnya..
Tanpa membuang masa, si buta itu terus masuk islam.
Lihat bagaimana Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم bersabar dalam berda'wah. Baginda hanya menunjukkan akhlaq nya yang mulia..
Memang benar berda'wah itu tidak mudah. Kita harus mempunyai sifat sabar, sifat ikhlas dan paling penting istiqamah. Jangan lupa untuk saling doa mendoakan. Baru lah dapat dirasakan kemanisan iman.
Berda'wah kepada diri sendiri, keluarga, sahabat handai, baru la kepada masyarakat. Semoga Allah memberikan kami semua kekuatan.. in shaa Allah.. :)
Tuesday, October 15, 2013
Hati ini masih tersirat perasaan marah dan benci...
Hati ini masih belum boleh menerima...
Hati ini masih tidak mahu untuk mengalah...
Namun.. segala benci yang ada, tetap, perasaan rindu ini bertandang di hati ini..
Rindu bergurau, rindu ketawa, rindu untuk berkongsi aktiviti ..
Ego ku sangat tinggi.. hingga membuat diri ku tidak akan mahu untuk mengalah..
Apa yang dinantikan , hanyalah pujukan dari nya.. pujuk la untuk melembutkan hati ini..
Bukan diam semata..
Aku berdiam diri, kau juga berdiam diri..
Maaf. Aku tetap tidak mahu mengalah..
Sungguh.. aku sangat merindui waktu malam, tidak mengira waktu, setiap kali kau pulang, kau pasti akan ke bilik ku.. untuk bertanya khabar..
Ataupun, untuk bergurau senda.. sungguh aku sangat merinduikan waktu itu..
Namun kini, segalanya telah berubah.. kasih sayang harus dikongsi dengan orang yang tidak aku minati...
Abang.... andai kau membaca ini...... ketahuilah.. aku sangat merindukan diri mu.. titisan airmata tanda rindu ku terhadapmu.. namun, ego ini masih menebal di hati........... :'(
-luahan hati adikmu.
Sunday, October 13, 2013
Manusia sekarang, dengan yang halal, malu untuk bergambar mesra. Dengan yang haram, tanpa silu bergambar berpeluk-pelukkan..
Manusia sekarang, malu hendak berjalan dengan yang halal, namun dengan yang haram, tidak ada perasaan malu berpimpin di khalayak..
Manusia sekarang, yang haram di halalkan, demi mengikut kehendak nafsu yang membuas.
Manusia sekarang, ramai yang membenci kepada teguran, namun bersenang-senang mengikut membuat dosa .
Manusia sekarang,ramai yang tenggelam.. ditenggelami oleh kata-kata manis.....
I asked an ustaz. What is the best way to ask a smoker to stop smoking.
Ustaz's reply :" kte tak boleh nak halang mereka untuk menghisap rokok. Mungkin kte bole tegur sekali dua kali. Kalau dia tanye apa dalil semua, tkde dalam quran ke ape ke. Tk apa, org mcm gini tkyah debate. Sebab, dorg ttp akn menegakkan kebenaran diorg. Demi untuk kepuasan diri mereka. Jadi apa yg awk bole buat is doakan mereka. In shaa Allah satu hari dorg akan terbuka hati.. "
Really an eye opener. :)) in shaa Allah..
Kadang-kadang kita tak boleh terima nasihat dari orang yang berperangai teruk. Ego dan perasaan, "kau bukan nye baik pun .. pakai tudung pun tk. Pastu yg lelaki plak ckp je lebih.." kadang-kadang bila kte beri nasihat pun, tk ada yg nk dgr. Kenapa ? Sbb kte pun mcm diorg jgk.
Friday, October 11, 2013
Di dalam kelas, sering bermain.. malas belajar, tidak ambil peduli akan kepentingan pelajaran tersebut.
Buku kalau tak diconteng, tak sah. Buku maths kalau tk dikoyakkan tak sah.. betapa bodoh nya diri ini. Patutlah ilmu tak berkat. Sumber ilmu itu telah dilakukan seperti sampah.
Betapa jahil nya diri ini.. betapa bodoh nya diri ini.. andai dari dulu diterap tentang adab, mungkin ramai yang tidak menjadi begini.
Kini, apabila mengetahui akan adab-adab dalam belajar.. Malu sungguh dengan diri ini.. malu dengan apa yang telah dilakukan dahulu..
Allah.... Semoga kesilapan masa lalu dijadikan pengajaran buat diri yang lemah ini..
Allah musta'an..



